Sunday, 12 July 2015

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK PERINGKAT SEKOLAH SMK TELOK MAS MELAKA

 










 pada 10 julai 2015 bersamaan 24 ramadan 1436 H Majlis Khatam Al-Quran Peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya. Persamian Penutupan ini dihadiri Ketua Sektor Sektor Pendidikan Islam Jabatan pendidikan melaka Tuan haji Ahmad Hamizi Bin Abu Hassan. Majlis ini dimulakan dengan majlis Khatam Al-Quran disertai oelh 22 orang pelajar kemudian diteruskan dengan ucapan pengetua SMK Telok Mas kemudian Ucapan Ketua Sektor dan diteruskan dengan penyampaian sumbengan kepada perserta khatam, sumbangan kepada pelajar miskin dan anak yatim serta sumbangan juga untuk pekerja swasta dan pengawal Keselamatan. Pihak panitia dan Musolla darul hikmah juga mengambil kesempatan menziarahi rumah keluarga pelajar yang miskin sebagai tanda keprihatinan dan memanjangkan hubungan silaturrahim antara warga SMK telok Mas. 

Friday, 19 June 2015

Kisah Imam Bukhari - Perawi Hadist Shahih Trans7





MAJLIS PERASMIAN PROGRAM IHYA RAMADHAN 1436H

Musolla darul Hikmah dengna kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Ihya Ramadhan Bagi tahun 1436 H pada hari Rabu 17 Jun 2015 bersamaan 30 Syaaban 1436H. Majlis ini diasdakan di Dewan Mini Surau Al- Insyirah. Majlis yang diadakan ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengetua SMK Telok Mas Tuan Haji Yusof bin Othman diikuti ceramah oleh Ustaz Undangan Ustaz Shamsuddin Bin Nooh dari SMKA Syarfaih Rodhiah Melaka.

Syair Terakhir Imam Syafie r.m - Ilaika





Friday, 3 April 2015

Penilaian Akhir Musolla Imarah Peringkat Kebangsaan 2014

KEPUTUSAN ANUGERAH MUSOLLA IMARAH

26 Jan. 2015 - Seramai 37 orang kontinjen Melaka telah turut serta dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia 2015 ini. Majlis telah berlangsung di Alor Setar, Kedah Darul Aman yang dimulakan dengan perbarisan dan perarakan dari PPD Kota Setar ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Mergong, Kedah Darul Aman. Pelbagai acara berlangsung di Dewan KUIN antaranya bacaan al-Quran, ceramah khas dan penyampaian anugerah Surau dan Musolla Imarah serta penulisan Islam. SMK telok Mas telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Musolla Imarah Peringkat Kebangsaan 2014.

Thursday, 15 January 2015

Majlis Perasmian Kempen Ponteng Sifar 2015

Pada hari ini 16 januari 2015 ,unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama unit displin SMK Telok Mas telah melancarkan Kempen Ponteng Sifar 2015.
 
Template designed by Liza Burhan