KEPUTUSAN ANUGERAH MUSOLLA IMARAH
26 Jan. 2015 - Seramai 37 orang kontinjen Melaka telah turut serta dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia 2015 ini.
Majlis telah berlangsung di Alor Setar, Kedah Darul Aman yang dimulakan dengan perbarisan dan perarakan dari PPD Kota Setar ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Mergong, Kedah Darul Aman.
Pelbagai acara berlangsung di Dewan KUIN antaranya bacaan al-Quran, ceramah khas dan penyampaian anugerah Surau dan Musolla Imarah serta penulisan Islam.
SMK telok Mas telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Musolla Imarah Peringkat Kebangsaan 2014.
Subscribe to:
Posts (Atom)