Saturday, 30 August 2014

Teknik menjawab Soalan PI


Pada 30.8.2014 pelajar tingkatan 3 telah menghadiri Bengkel Teknik menjawab Soalan PT3  2014 .
Bengkel ini diadakan di Dewan Makan Asrama jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Penceramah jemputan ialah Ustazah Rozita dari SMK Seri Pengkalan, Melaka.. Bengkel ini dianjur oleh Panitia Pendidkan Islam dengan kerjasama Jk Surau Darul Hikmah SMK Telok Mas.
Pada 30.8.2014 juga  pelajar tingkatan 5 telah menghadiri Bengkel Teknik menjawab Soalan bagi SPM 2014 .
Bengkel ini berlansung  di Dewan Makan Asrama jam 11.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Penceramah jemputan ialah Ustaz Abdullah Tahir. Bengkel ini juga  dianjur oleh Panitia Pendidkan Islam dengan kerjasama Jk Surau darul Hikmah SMK Telok Mas.Semoga semua calon PT3 dan SPM di SMK Telok Mas  bagi 2014 mampu melakukan transformasi dalam pendidikan  menuju alaf 21. 

Wednesday, 27 August 2014

Aktiviti Surau Darul hikmah

1. Motivasi Jumaat
2. Jualan
3. Solat hajat bagi pelajar tingkatan 3 Dan 5

Monday, 18 August 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014

Apa khabar anak-anak ustazah?

Semoga baik-baik saja ya. 

Apa yang kalian faham tentang Maulidur Rasul?   

Maulidur Rasul ni sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW. Nabi dilahirkan pada 12 Rabiul Awal bersamaan 23 April. setiap tahun, pastinya umat Islam menyambut Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.  

Baru-baru ini, SMKTM telah menyambut Maulidur Rasul. Meriah sungguh sambutan ini.
Perarakan Maulidur Rasul

Perarakan Kaum Hawa

Pelajar sedang mendengar ceramah

persembahan pelajar

Penganjur Program berselfie

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.  Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. 

Semoga anak-anak ustazah mendapat keberkatan dari sambutan yang diadakan.  

Moga Allah reda :)

Wednesday, 13 August 2014

Aktiviti-aktiviti Inovasi Musolla Darul Hikmah

 
 
1        Tempat beribadah seperti   

-           solat fardu
-           solat sunat
-          tadarus al Quran
-           usrah
-           qiammullai
-           zikir munajat

2     Perbincangan ilmiyah para pelajar dan guru

-          Mesyuarat  AJK Musollah Darul Hikmah
-          Mesyuarat Panitia  Pendidikan Islam
-          Mesyuarat  AJK Pergerakan Puteri Islam
-          Mesyuarat Persatuan Pendidikan Islam
-          Perbincangan ilmiyah para pelajar “ group Study”
 

3      Kelas Pengajaran dan pembelajaran

-           Pengukuhan  2 waktu tambahan
-          Kelas iqra
-          Kelas pacuan minda
-          Kelas tambahan
-          Kelas amali solat seperti solat sunat hajat dan solat sunat dhuha
-          Kelas amali ibadat fardu ain seperti  solat jenazah , tayamum, menyuci najis, dan istinjak

4     Kegiatan ko-kurikulum

-          Ceramah Bulan Sabit Merah
-          Perjumpaan Puteri Islam
-          Perjumpaan Persatuan Agama Islam
-          Kem Ibadah seperti solat dan qiammullail
-          Aktiviti Minggu pendidikan Islam seperti Syarahan dan Explorace Syarie
-          Jualan  Hari  Aktiviti  KO-Kurikulum
-          Kutipan Derma Jumaat
-          Gotong Royong
-           

 
Template designed by Liza Burhan