Monday, 18 August 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014

Apa khabar anak-anak ustazah?

Semoga baik-baik saja ya. 

Apa yang kalian faham tentang Maulidur Rasul?   

Maulidur Rasul ni sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW. Nabi dilahirkan pada 12 Rabiul Awal bersamaan 23 April. setiap tahun, pastinya umat Islam menyambut Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.  

Baru-baru ini, SMKTM telah menyambut Maulidur Rasul. Meriah sungguh sambutan ini.
Perarakan Maulidur Rasul

Perarakan Kaum Hawa

Pelajar sedang mendengar ceramah

persembahan pelajar

Penganjur Program berselfie

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.  Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. 

Semoga anak-anak ustazah mendapat keberkatan dari sambutan yang diadakan.  

Moga Allah reda :)

0 comments:

Post a Comment

 
Template designed by Liza Burhan